Sunday, July 29, 2007

Buat Persiapan Hadapi
Pilihan Raya, Kata Najib

PEKAN, 29 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-12 perlu dilakukan mulai sekarang walaupun pilihan raya umum tidak diadakan pada waktu terdekat ini.

Timbalan Perdana Menteri menggariskan empat perkara dikenali sebagai "4M" sebagai panduan kepada semua parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum itu.

Najib, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata 4M itu ialah merapatkan barisan, meramaikan pengundi, mesra rakyat dan menyelesaikan masalah.

"Ini (4M) sebagai panduan, sebab kita dah melebihi tiga tahun sejak pilihan raya (umum) dulu, jadi tentu sekali persiapan untuk pilihan raya perlu dilakukan, tapi tarikhnya bukan bererti ia akan berlaku dalam masa yang singkat ini," katanya ketika ditanya pemberita adakah gesaannya itu sebagai petanda bahawa pilihan raya umum sudah semakin dekat.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pekan, di sini hari ini, Najib berkata pertamanya, semua parti komponen BN perlu merapatkan barisan dengan mengukuhkan perpaduan antara semua pihak dalam kalangan parti komponen termasuk mengadakan hubungan baik dengan kakitangan kerajaan dan semua pihak.

"Kedua, menambah bilangan pengundi berdaftar, iaitu memperbanyakkan ahli Umno. Sebab ini amat jelas, kalau kita ada pengundi berdaftar kita mempunyai asas kemenangan. Ketiga, mesra rakyat, erti kata apa yang dilakukan atas nama peribadi atau nama parti mestilah menghala kepada kaedah yang disenangi rakyat, termasuk dalam merangka aktiviti parti dan kerajaan.

"Keempat, menyelesaikan masalah rakyat, iaitu segala masalah rakyat yang tidak dapat diselesaikan, atau yang masih terbengkalai hendaklah diberi perhatian supaya segala-galanya dapat diselesaikan," katanya.

Terdahulu, Najib semasa berucap berkata mesyuarat perwakilan bahagian pada tahun ini mungkin menjadi mesyuarat perwakilan terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang.

"Sekarang ini ramai pihak yang meramalkan pilihan raya umum, ada kata lagi lambat lagi baik, apa pun ramalan, kita mestilah bersiap sedia," kata Najib, yang juga Ketua Bahagian Umno Pekan.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=276142

Komen:

Bila agaknya PRU-12? Pada pertengahan Ogos 2007? Pada 11 September 2007 atau 911? Lepas Hari Raya Haji? Benarkah ura-ura kononnya dalam PRU-12 kelak sesuatu yang memeranjatkan dari segi pemilihan calon, khususnya calon BN daripada UMNO, akan dilaksanakan? Akhir sekali, tolonglah padamkan desas-desus kononnya PRU-12 ini juga akan membabitkan penglibatan beberapa “tangan-tangan ghaib” daripada luar. – Ruhanie Ahmad

5 comments:

Hamizi said...

datuk...

saya tertarik dengan cadangan SPR supaya kelayakan akademik minima diperlukan untuk menjadi calon pilihan raya... saya cadangkan sekurang-kurangnya diploma... dan diiktiraf oleh JPA...

hasilnya nanti kualiti perdebatan di parlimen dan dewan undangan negeri tidaklah seperti perdebatan kedai kopi...

cuma BN @ UMNO, awal-awal lagi membantah... mengapa agaknya... adakah orang kuat mereka semuanya pendidikan setakat SPM...

saya sangkakan parti pembangkang yang akan membantah dahulu, tetapi pemerintah yang melompat dahulu...

mungkin najib nak bagi chance muhammad muhammad taib bertanding kali ni...

p/s: teringat pada tahun 1996, seorang kenalan saya mengatakan bahawa ijazah atau apa-apa kelulusan najib dibeli dari luar negara... beliau sebenarnya tak pass exam pun, betulkah agaknya?

Hamizi said...

datuk...

saya tertarik dengan cadangan SPR supaya kelayakan akademik minima diperlukan untuk menjadi calon pilihan raya... saya cadangkan sekurang-kurangnya diploma... dan diiktiraf oleh JPA...

hasilnya nanti kualiti perdebatan di parlimen dan dewan undangan negeri tidaklah seperti perdebatan kedai kopi...

cuma BN @ UMNO, awal-awal lagi membantah... mengapa agaknya... adakah orang kuat mereka semuanya pendidikan setakat SPM...

saya sangkakan parti pembangkang yang akan membantah dahulu, tetapi pemerintah yang melompat dahulu...

mungkin najib nak bagi chance muhammad muhammad taib bertanding kali ni...

p/s: teringat pada tahun 1996, seorang kenalan saya mengatakan bahawa ijazah atau apa-apa kelulusan najib dibeli dari luar negara... beliau sebenarnya tak pass exam pun, betulkah agaknya?

haji said...

setuju! SPR tu kan ke kerajaan. mengapa ada puak UMNO yang tak setuju? Sesiapa juga mesti ikut peraturan kerajaan. Tak kira UMNO atau pembangkang. Ijazah mesti kelas 1 atau kelas 2 atas. kita tak mau wakil rakyat lebih bangang dari rakyat. kita mau pemimpin mesti lebih bijak dari rakyat yang dipimpin.

Aku setuju kalau Pak Lah buat pembaharuan. Pembaharuan yang berteraskan Kualiti Kepimpinan.

Kalau kita lihat di parlimen dan Dewan Undangan Negeri, kualiti pemimpin amat merosot sekali. Malahan ada yang jaga gate keretapi jadi YB. Apa jadah orang macam ni?

Jika Pak Lah buat pembaharuan ini, rakyat akan melihat secara positif.Pemimpin di sanjung, rakyat di tolong..bermuafakat RAKYAT sekampung. InsyaAllah, Bangsa Melayu akan bersatu.

goJiRa said...

Mengapakah hendak ditunjukkan lagi yang mana Wakil Rakyat hanya perlu bekerja untuk memenangi PILIHANRAYA???

haji said...

aku dah jawab di blog hamizi. Aku sokong 100% datuk!!