Saturday, July 28, 2007

Dr M:
Cubaan Untuk Halang
Suara Dalam Internet

Zulkifli Mohamed

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata laporan polis yang dibuat oleh Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib terhadap Malaysia Today yang didakwa menghina Islam dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sebagai cubaan untuk menghalang suara dalam internet.

"Saya percaya ia merupakan percubaan untuk menghalang suara dalam internet. Anda boleh melakukannya tetapi tidak boleh menahan orang daripada menggunakan internet," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Antarabangsa mengenai Ekonomi Emas Dinar 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, semalam, seperti dilaporkan sebuah laman web.

Menurut beliau, semasa pentadbirannya, kerajaan pernah mencuba menghalang penggunaan web lucah tetapi ia mustahil kerana ada kandungannya dari luar negara.

Katanya, ia sama juga dengan blog, di mana tidak boleh menghalangnya.

Bagaimanapun Dr Mahathir mengingatkan apa yang ditulis di laman web mestilah berdasarkan fakta yang betul bukannya rekaan semata-mata.

http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=6795

0 comments: