Saturday, July 14, 2007

Generasi Muda Diingat
Terus Semarak Semangat DEB

JOHOR BAHARU, 14 Julai (Bernama) -- Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pemimpin dan generasi muda supaya terus menyemarakkan semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi terus mencapai kemajuan bangsa dan negara.

Beliau berkata walaupun tempoh DEB sudah lama berlalu dan kini digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional namun DEB tetap relevan untuk dihayati terutamanya dalam pengukuhan ekonomi orang Melayu.

"Tidak salah kalau kita amalkan semangat ini walaupun masyarakat bukan Melayu menganggap ianya sensitif. Mereka tidak faham dasar ini penting dalam negara yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya," katanya.

-- BERNAMA
Untuk berita sepenuhnya sila klik link di bawah ini.

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=273203

Komen:

Syabas Tan Sri. Kenyataan anda amat tepat pada masanya. Khususnya sewaktu warga Johor sedang dicengkam dilemma WPI di mana semangat DEB disingkirkan oleh pembesar negara. – Ruhanie Ahmad

0 comments: