Melayu Paling Ramai Berhijrah
Datuk A Kadir Jasin
Sekadar menokok tambah perbincangan yang sedia ada mengenai perihal rakyat Malaysia membatalkan kewarganegaraan mereka dan berhijrah ke luar negara.
Jadi tidak tepatlah tanggapan dan cakap-cakap selama ini bahawa orang bukan Melayu sahaja berhijrah ke luar negara kerana tidak puas hati dengan untung nasib mereka di negara ini?
Kalau perangkaan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Tan Chai Ho baru-baru ini boleh dipercayai, maka jelaslah bahawa lebih banyak orang Melayu meninggalkan negara ini daripada kaum-kaum lain.
Bukan sahaja di segi jumlah sebenar malahan di segi peratusan juga lebih banyak orang Melayu berhijrah.
Antara tahun 1996 dan April tahun ini (2007) sebanyak 106,000 rakyat Malaysia membatalkan kewarganegaraan mereka.
Daripada bilangan itu, 79,199 atau 70 peratus adalah Melayu, 25,107 Cina, 1,347 India dan 350 kaum-kaum lain.
Walaupun bilangan orang Melayu kurang daripada 60 peratus tetapi bilangan yang membatalkan kewarganegaraan dan berhijrah ke luar negara lebih tinggi iaitu 70 peratus.
Sebab mengapa mereka berhijrah ke luar negara penting. Tetapi lebih penting ialah hakikat bahawa mereka tidak berasa perlu lagi memegang kewarganegaraan Malaysia. Mereka berkerat rotan berpatah arang.
Takdirnya mereka menolak kewarganegaraan Malaysia kerana mereka tidak lagi mencintai negara ini atau kerana tidak lagi boleh bergantung kepadanya, maka jelaslah bahawa bukan orang Cina dan India sahaja yang berperasaan demikian, malah orang Melayu juga sudah menyertai aliran itu.
Kalau Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mahu kita mendalami dan mengetahui mengapa orang Islam meninggalkan agama mereka, mungkin kita juga perlu bertanya mengapakah semakin banyak orang Melayu meninggalkan negara mereka?
Apatah lagi apabila Abdullah sendiri berkata, “the government will not reinstate the citizenship of Malaysians who have given up their citizenry (sic) of this country.” (Bernama)
Kerajaan tidak akan mengembalikan kewarganegaraan mereka!
http://malaysia-today.net/blog2006/index.php?itemid=6384
Komen:
Dalam tahun 80-an, ada pihak mendakwa rakyat Malaysi, khususnya bukan Melayu, brhijrah ke negara asing kerana kononnya wujud polarisasi kaum dan penindasan.
Kini, bila 70 peratus yang brhijrah dan menyingkirkan kerakyatan Malaysia adalah Melayu, apa pula sebabnya? Polarisasi kaum dan penindasan? Atau, mungkinkah kerana mereka hilang keyakinan terhadap pembesar negara yang semakin hari kelihatannya semakin cuai terhadap soal penghakisan kedaulatan negara dan dominen Melayu? - Ruhanie Ahmad

0 comments:
Post a Comment