Pemimpin Umno Tidak Perlu Takut
Perjuang DEB, Kata Khaled
JOHOR BAHARU, 15 Julai (Bernama) -- Pemimpin Umno tidak perlu takut untuk meneruskan usaha pembasmian kemiskinan dan penyusunan masyarakat Melayu selaras matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata soal memperjuangkan kedua-dua isu itu tetap relevan dan ia tidak akan berkesudahan.
"Ia bukannya soal perkauman tetapi adalah soal membawa keadilan sosial dan pengukuhan ekonomi. Kaum Melayu adalah majoriti dalam negara ini dan mereka masih lagi berada di paras kemiskinan berbanding kaum lain. Atas sebab itulah penekanan ini harus diberi kepada kaum Melayu," katanya semasa merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pulai di sini hari ini.
-- BERNAMA
Untuk berita selanjutnya sila klik:
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=273333

2 comments:
Sepatutnya berbunyi
Pemimpin Umno Tidak Perlu Takut menegur kelemahan DEB
Saya setuju DEB dikekalkan tetapi kelemahannya hendaklah diperbaiki. Saya tak percaya bagaimana setelah hampir 50 tahun merdeka kita masih tidak mampu mencapai ekuiti 30% bumiputera dlm kek ekonomi negara ini. Kita yang memerintah bukannya British atau cha ya nun alif(yg nampak zahirnya). Melayu tak mampu?
Agak-agaknya tajuk "Pemimpin Umno Tidak Perlu Takut pertikai WPI" akan keluar tak dalam media perdana. taupun dalam mesyuarat cawangan, bahagian, persidangan agung, MT atau kabinet?
Saudara Joe Penang.
Terima kasih dan salam takzim.
Post a Comment