Thursday, July 19, 2007

Salam Takzim Khas Buat
Jeneral Husainay Hashim

Saya difahamkan ibu pejabat UMNO Malaysia akan mengadakan satu pertemuan dengan bloggers politik Melayu pada Jumaat, 20 Julai 2007.

Saya dapat tau, nama Datuk A Kadir Jasin dan saya telah dimasukkan ke dalam senarai bloggers yang akan dijemput ke pertemuan tersebut.

Bagaimanapun, saya juga difahamkan oleh bberapa sahabat daripada ibu pejabat UMNO bahawa penyenaraian nama Kadir dan saya sendiri ke dalam senarai jemputan itu dikatakan telah menyebabkan Setiausaha Kerja UMNO, Jeneral (B) Datuk Husainay Hashim, marah-marah.

Jangan bimbang Jeneral. Tak payah marah-marah. Saya tak hairan kalau tidak diundang ke pertemuan itu. Kalau diundang pun saya tak akan hadir.

Buat makluman Jeneral, saya jadi ahli UMNO sejak 1976. Nombor keahlian saya yang mutakhir adalah 00003472. Sewaktu UMNO diharamkan pada 1987, saya adalah antara ahli yang lintang pukang membantu pucuk kepimpinan parti untuk memulihkannya.

Tanyalah orang-orang Parlimen Johor Bahru sewaktu Datuk Shahrir Samad bertanding atas lambang kunci. Tanyalah orang DUN Parit Raja sewaktu Saudara Hamdan Yahya bertanding atas lambang ikan. Dan, tanyalah orang DUN Tambatan sewaktu BN diserang oleh Parti Semangat 46.

Lebih lanjut lagi, Cawangan saya adalah Danasari. Bahagian saya adalah Parit Sulong. Saya mula menjalin hubungan yang rapat dengan beberapa individu tertentu di ibu pejabat UMNO sejak 1972 hingga ke hari ini. Ini bermakna, saya lebih lama mengenali sejarah, falsafah, perjuangan, hati dan budi UMNO berbanding anda.

Oleh itu, teruskanlah sikap apartheid anda terhadap blogger politik seperti Kadir dan saya. Yang pastinya, tiada siapa boleh menyekat saya daripada bersuara. Salam takzim khas daripada saya buat anda. – Ruhanie Ahmad

11 comments:

Hamizi said...

kenapa tak nak hadir datuk? kalau saya diberi peluang bercakap, saya akan cakap apa sahaja yang sepatutnya , tak peduli lah kalau PM kat depan saya...

pergilah datuk, pedulikan nyamuk dengan lalat tu... sekurang-kurangnya jika perjumpaan pertama ini hanya nak menunjukkan sikap dominan mereka, tak payah pergi lagi jika dijemput...

cakapsiang said...

Ybhg Dato',
sampaikan salam saya juga, anak merdeka yang juga ahli UMNO yang amat kecewa dengan perangai dan tindak-tanduk mereka-mereka itu yang telah menghakmilikkan UMNO.

Pesan juga kepada mereka yang kami tidak heran dengan jawatan yang meraka pegang. Dan saya rasa mereka juga tidak heran dengan hak undi yang kami ada.

AMLG said...

jeneral husainy adalah setiausaha kerja umno yg pertama tidak memahami politik.

teka teki: betulkah dengar khabar sesiapa jadi PA beliau di pwtc kalau kahwin akan ditukar?

dah mula suka PKR said...

undila PKR.. Dato Seri lagi baik dari pak lah and najib altantuya. Dulu DSAI tak dapat buat byk perkara utk kebaikan rakyat bawahan sbb mahadey halang pendakwaan kepada menteri2 rasuah.. Klu PKR menang, DSAI berkuasa, Melayu akan jadu Melayu bermaruah. Ekonomi Malaysia akan kembali setanding Singapore and lain2, bkn mcm sekarang, jauh ketinggalan dgn negara2 dunia kedua..

dah mula suka PKR said...

ndila PKR.. Prestasi kerja Dato Seri Anwar Ibrahim lagi baik dari pak lah and najib altantuya. Dulu DSAI tak dapat buat byk perkara utk kebaikan rakyat bawahan sbb mahadey halang pendakwaan kepada menteri2 rasuah.. Klu PKR menang, DSAI berkuasa, Melayu akan jadi Melayu bermaruah. Ekonomi Malaysia akan kembali setanding Singapore and lain2, bkn mcm sekarang, jauh ketinggalan dgn negara2 dunia kedua..

annonymous said...

Brig Jen Husainay Hashim ni orang kuat Najib , konon2nya dengan ada dia disitu sebagai SU Kerja , Najib punya kedudukan lebih mantap. Salah ,half jen ni telah lama dibeli oleh Pak Lah melalui SU Agong!! Mercenery lah katakan!!!

Untuk apa panggil bloggers? Sedangkan UMNO dah ada cyber warriors dibawah kelolaan pemimpin yang tidak pasti gendernya!! Kalau dia nak bagi semua jawapan yang Pak Lah tidak jawab berhubung dgn kenyataan TDM, elok Datuk pergi.

Kononnya nak ujudkan silaturahim dgn bloggers tapi ramai dikalangan bloggers tak nak silaturahim dengan depa. Akhir2nya bloggers yang di upah oleh pemimpin Umno-yang-tidak- pasti-gender- nya, akan hadir dan media akan spin bloggers telah bersetuju untuk akur denga kehendak UMNO!!

badok said...

jg pergi dtk..kat sana banyak najis. nati tercalit..busuk seluruh badan.
dulu anwar dah try..konon nak cuci umno dari dlm..at last dia yg bau taik.
so..jg buang masa,tak payah buat baik,sbb dia org cuma buat buat baik jer..dtk kan lebih faham???

anakmampan said...

asalamualaikum dato ron,
saya minta dato pergilah majlis tersebut.katakan apa saja yang terbuku didalam benak dato.
selamatkankan lah parti kesayangan org melayu dari jadi company sdn bhd.

haji said...

Datuk , datuk mesti hadir, dan tunjukkan kejantanan datuk. Janagn tewas sebelum berjuang, jangan menggeletar kerana tempikkan. Berani kerana kita benar, takut jika salah. Datuk sudah berjuang sekian lama dalam UMNO. Darah datuk darah perjuangan, semangat datuk semangat kemerdekaan, cinta datuk pada UMNO dan negara bagaikan akar aur dengan tebing..selamat berjuang, kami akan menatang datuk agar datuk tidak rebah. Jika datuk rebah kami juga akan rebah bersama datuk.

goJiRa said...

Salam hormat dan ketemu kembali..

pada pendapat saya.. tak payah le pegi.. walau saya tiada alasan dan sebab yang kukuh..

kalau dato masih ahli umno yang sah.. kerja dato sekarang dianggap cukup bila berkata-kata dari laman dato ini.

ramai yang sudah pandai memetik kata2 dato.. ada dari pihak tepi, ada dari pihak kanan, ada dari pihak depan, ada dari pihak kiri, ada dari pihak atas...

saya cuma berharap, agar dato semakin 'laju' menyampaikan berita.

terima kasih..

Gojira Muda
p/s Saya ada dengar, dalam masa 10 tahun lagi, Kerajaan Johor mungkin Bangkrap.. betul ke??

mayaputera said...

Saudara Hamizi, Cakapsiang, Amlg, Suka PKR, Anon, Badok, Anak Mampan, Haji dan Gojira.

Terima kasih. Kepada anda yang pertama kali mengirimkan pendapat ke blog ini saya alu-alukan kedatangan dan buah fikiran anda.

Kepada Anak Mampan, sudilah kiranya saya dapat tau siapa orang tua anda kerana entah-entah kenalan dan rakan seperjuangan saya.

Mengenai pertemuan itu, akhirnya saya tak diundang walaupun pada awalnya saya diberitahu oleh sesetengah pihak nama saya berada dalam senarai jemputan. Tak mengapa. Macam saya tegaskan dalam posting, kalau dijemput pun mungkin saya tak akan hadir.

Buat makluman anda semua, ketika ini tak ramai bloggers sosio-politik Malaysia yang guna idenditi sebenar. Ikut rekod sopo-sentral.blogspot. kini ada 500 bloggers dalam kategori ini. Tapi yang guna nama sendiri hanya segelintir sahaja. Jadi, kalau saya pergi pun saya tak terdaya untuk mewakili mereka yang berahsia. Pada waktu yang sama, apalah gunanya hadir kalau keputusan untuk yang majoriti dibuat oleh yang minoriti.

Saya juga difahamakan oleh pihak berautoriti bahawa kini UMNO dipercayai mempunyai lebih kurang 200 orang cybertroopers di seluruh negara. Saya ucapkan tahniah. Tapi janganlah hanya bertindak hanya mematahkan hujah atau membuat pembunuhan karektor. Lebih bermanfaat kalau mereka mengutarakan berita dan perkembangan UMNO di seluruh negara secara ikhlas, jujur dan berdedikasi. Dengan cara ini mereka akan jadi mata dan telinga UMNO di seluruh pelsuk tanahair tercinta ini.

Salam takzim dari saya.