Tun Dr Mahathir Tidak Bertanding
Perwakilan UMNO Kubang Pasu
SUNGAI SIPUT 15 Julai – Bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah mendapat pencalonan dari tiga cawangan UMNO Bahagian Kubang Pasu tidak akan bertanding merebut kerusi perwakilan bahagian itu pada 21 Julai ini untuk ke Persidangan Agung UMNO pada November ini.
Anggota Exco Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini berkata, bekas Perdana Menteri itu mengambil tindakan tersebut kerana telah serik dengan kerenah di bahagian yang pernah diterajuinya selama 30 tahun.
“Walaupun dia dah lama berkhidmat sebagai ketua bahagian tetapi memandangkan reaksi daripada perwakilan tahun lepas, jadi dia rasa sudah tiba masanya dia langsung tidak terlibat lagi dalam pemilihan perwakilan tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Sungai Siput di Dewan Kompleks Latihan Perhutanan Negeri di sini.
Dr. Mahathir mengejutkan senario politik negara tahun lepas apabila mengumumkan bertanding kerusi perwakilan bahagian itu dan hanya mendapat tempat kesembilan daripada keseluruhan 15 calon yang bertanding bagi merebut tujuh kerusi pada pertandingan 9 September 2006 itu.
-- Bernama
Untuk berita sepenuhnya sila klik link di bawah ini:
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0716&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm
Komen:
Dakwaan yang mengatakan Tun Dr Mahathir tewas untuk jadi perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung UMNO 2006 akibat permainan politik wang dan sabotaj, telah dibuang kes oleh Ibupejabat UMNO Malaysia baru-baru ini.
Keputusan itu amat diragui. Terutama sekali bila sudah menjadi rahsia umum bahawa dalam satu mesyuaratnya pada 2006, Majlis Tertinggi UMNO memang ada memberikan arahan spesifik kepada dua orang pemimpin UMNO Kedah supaya “by hook or by crook” Mahathir mesti ditewaskan daripada menjadi perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu ke PAU 2006. Arahan itu telah diminitkan. Tetapi minit itu dimansuhkan setelah ditegur oleh salah seorang ahli MT bahawa minit itu boleh menjejaskan kredibaliti UMNO seluruhnya.
Oleh itu, tindakan Mahathir kali ini adalah tepat. Tetapi, kita tunggu dan lihat sahajalah sama ada kali ini UMNO Malaysia akan memberikan undangan istimewa kepada Mahathir untuk menghadiri PAU 2007. – Ruhanie Ahmad

4 comments:
Jika saya jadi TDM
Saya pun takkan menghadiri PAU w/p atas undangan istimewa(kononnya) atau wild card. Cukuplah apa yg mrk telah lakukan. Tak guna saya bersikap hidung tak mancung(ada org asia mancung?) pipi tersorong-sorong.
Saya gerenti 70% ahli UMNO tak taupun bagaimana MT menghalang saya menjadi perwakilan Kubang Pasu ke PAU sblmnya. Nak buat camna? Internet tak pasang. Harakah dsbnya tak baca(tak perlu beli). Tgk tv RTM & Media Prima. Baca UM & BH je...
UMNO tak akan bagi undangan istimewa kepada TDM... Mereka takut TDM kena bantai dengan TDM... walaupun media arus perdana boleh ditapis, lain-lain media macam mana?
TDM lebih bijak... beliau pasti ada strategi beliau sendiri... takut nanti sedar-sedar je PM dah kena check mate...
P/S: Datuk... Semalam 17/7/07, apa yang sepatutnya berlaku?
Typo error...
Mereka takut kena Bantai dengan TDM...
Saudara Joe dan Hamizi.
Terima kasih sekali lagi.
Kalau saya jadi pembesar UMNO pasti saya akan undang TDM ke PAU 2007 kelak. Ini adalah tanda hormat dan sayang kita kepada negarawan ulung Malaysia. Jangan hanya bila TDM sudah tiada lagi bersama kita [moga-moga beliau selamat dan panjang umur] baru nak disanjung dan dijulang nama dan jasa TDM.
Bagaimanapun, saya harap anda semua tidak kecewa dengan UMNO. Kalau hari ini nampak macam ada yang pincang, tugas kita adalah untuk sama-sama memperbaikinya secara berhemah dan berbudaya.
Selamat berjuang dan salam takzim dari saya.
Post a Comment