Monday, July 16, 2007

Umno Perlu Berani Lawan
Isu Cabar Hak Orang Melayu

KUANTAN: Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata Umno semakin takut untuk menyuarakan perkara sensitif, termasuk isu yang mencabar kepentingan orang Melayu sehingga ada pihak lain berani melakukannya secara terbuka.

Beliau berkata, jika Umno tidak bersuara, parti pembangkang, terutama DAP menjadi lebih berani menyuarakan isu perkauman tanpa perasaan segan silu untuk menjaga hati bangsa lain.

"Umno penakut nak bersuara (isu sensitif seperti Dasar Ekonomi Baru) dan apabila kita tak bersuara, orang lain akan menjadi jaguh dan lebih berani. Kita takut kononnya nak jaga perasaan orang lain...kenapa DAP berani," katanya.

Untuk berita sepenuhnya sila klik link di bawah ini.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Nasional/20070711230058/Article/

Komen:

Syabas dan tahniah Datuk Seri. Harap-harap suara seperti ini dibawa juga ke mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Biar sampai pembesar negara kita merah muka dan pijar telinganya.

Kepada pemantau bloggers pimpinan Azalina, apa yang ditegaskan oleh Adnan seperti di atas dan juga kenyataan Tan Sri Mahyuddin Yassin yang saya poskan semalam, adalah kenyataan. Jadi, janganlah sifatkan blogger macam saya yang banyak mempersoalkan kepincangan semangat DEB mutakhir ini sebagai musuh Melayu! – Ruhanie Ahmad

0 comments: