Friday, August 17, 2007

Kemerdekaan Dijadikan
Lesen Halalkan Tindakan?

Di bawah ini saya paparkan satu posting yang dikirimkan oleh Blogger DASA kepada www.kuda-penang.blogspot.com. Saya posting ini di sini sebagai cermin diri kepada anda semua. Saya harap anda akan menghayati maksud dan kata-kata Dasa seperti berikut:

Mengenangkan apa yang berlaku sejak pertengahan dekad 80an, setiap kali kemerdekaan disambut hanya mengecamukkan fikiran dan mengguris hati ini dengan lebih mendalam. Rasa bangga sebagai anak di bumi merdeka dalam ertikata yang sebenar mulai pudar apabila melihat berbagai peristiwa tidak menyenangkan silih berganti.

Walaupun orang-orang British telah lama pergi, pengisian kemerdekaan masih tidak menampakkan sebarang perubahan yang nyata. Kemerdekaan yang diperolehi telah digunakan sebagai lesen oleh segelintir kecil rakyat Malaysia yang berada di persada kuasa untuk menghalalkan apa sahaja yang dilakukan ke atas rakyat Malaysia lain, kononnya atas nama kepentingan negara. Rakyat yang menuntut kebenaran dan hak, dilayan dengan sedemikian rupa supaya mereka tidak lagi berani bersuara. Semuanya atas nama menjaga ketenteraman awam.

Perkembangan beberapa tahun kebelakangan ini hanya menjadikan fikiran dan hati ini semakin kacau. Entah apa yang bakal menimpa sebahagian besar anak-cucu kita. Nilai-nilai kehidupan yang murni hanya menjadi mainan bibir. Bersandarkan kepada tahap kesetiaan yang boleh membuatkan Hang Tuah merasa malu, kekayaan begitu mudah dikumpul sehingga cukup untuk membiayai kehidupan beberapa keturunan.

Masing-masing berebut-rebut menyanjung pemimpin, ahli-ahli keluarga dan orang suruhan mereka, semata-mata untuk mendapatkan perhatian meskipun jasa dan sumbangan mereka masih terhad dan terlalu awal untuk dinilai. Anugerah dan gelaran kebesaran diberikan begitu mudah sehingga membuatkan sesetengah kita tersenyum sinis dan menggeleng kepala. Apa yang lebih memualkan, menara gading yang dikatakan penjunjung nilai-nilai luhur turut serta dalam perlumbaan yang tidak menampakkan sebarang kesudahan ini.

Integriti dan moral tidak lagi dijadikan kriteria utama untuk pemilihan pemimpin dalam organisasi-organisasi utama yang menjadi tunggak kepada pentadbiran negara. Pemimpin-pemimpin palsu sama ada dari segi kata-kata, sikap, tindakan dan kelulusan akademik, terus diberikan ruang dan dimartabatkan oleh kelompok tertentu.

Kedudukan hanya menjadi alat untuk menjaga kepentingan diri dan bukannya platform untuk membantu memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara. Lihatlah sahaja perbezaan kekayaan fizikal mereka yang dipamerkan terang-terangan kepada rakyat sebelum dan selepas menjadi pemimpin. Dan perhatikan nasib rakyat kebanyakan yang terus hidup dalam kesukaran walaupun negara telahpun merdeka selama 50 tahun.

Ingin dijulang sebagai wira, mereka berucap penuh berkobar-kobar di hadapan perhimpunan tertentu bahawa mereka akan bertindak sebagai pembela bangsa, agama, negara serta institusi diraja. Mereka ini gemar menuduh pihak yang tidak sependapat dengan mereka dengan perkataan yang begitu negatif seperti iblis dan pengkhianat. Namun secara realitinya, mereka ini mengikut resmi ayam – kokok berdera-derai tetapi ekor bergelumang tahi.

Mengisi kemerdekaan kini menjadi tugas yang lebih sukar bagi kita semua. Apatah lagi untuk generasi akan datang. Untuk itu, terima kasih wahai para pemimpin.- DASA

6 comments:

anak bentayan said...

teringat allahyarham Dato' Onn semasa menghembuskan nafasnya cuma ada RM30 dlm saku dan RM300 dlm akaun bank serta sebuah rumah kos rendah yg cuma bernilai RM13,000 utk keluarganya...

namun tinggalan untuk bangsanya tidak ternilai harganya....

ada lagikah pemimpin sepertinya di zaman ini???

mayaputera said...

Saudara Anak Bentayan

Terima kasih. Saya yakin anda adalah anak Johor, lebih tepat lagi, anak Muar.

Saya percaya ramai lagi kagetori pejuang seperti Allahyarham Dato' Onn. Tetapi, mereka adalah pejuang tanpa nama atau facless citizens yang hanya jadi latarbelakang kepada landskap siasah negara.

Golongan ini mungkin hanya memilih untuk jadi pemerhati. Bagaimanapun, saya yakin mereka akan brsuara bila tiba masanya. Saya juga percaya mereka juga merindukan perubahan dan pembelaan.

Saya harap golongan seperti ini akan mnyokong sebarang usaha ke arah kebaikan demi manfaat bangsa, agama dan tanahair. Mudah-mudahan mereka akan mendukung perjuangan komprehensif ke arah memperbetulkan kepincangan mutakhir.

Salam perjuangan daripada saya.

haji said...

Begitulah perjuangan pemimpin dahulu. Mereka tidak pernah mementingkan harta serta wang ringgit. Mereka berjuang dengan ikhlas kerana Allah demi untuk bangsa, agama dan tanahair nya. Pemimpin ini juga taat kepada raja dan sultan, sayangkan bangsanya cintakan tanahairnya.

Pemimpin sekarang, bila mati meninggalkan harta, saham syarikat dan wang ringgit berjuta-juta serta mungkin juga isteri mudanya bukan saja dalam negara malahan juga ada di luar negara.

Harta warisan akan menjadi pertelingkahan dan rebutan anak2. Itulah bezanya pemimpin dulu dan sekarang. (Namun kita amat menghormati dan menyanjung tinggi sifat2 Allahyarham Dato Onn dan Tun Razak serta Tun Hussain-AL FATIHAH buat Dato Onn Jaafar, Tun Razak dan Tun Hussain Onn.)

haji said...

Datuk, baru sebentar tadi saya dapat berita banyak kawasan BN khususnya MCA dan UMNO di Selangor menjadi "hitam" jika pucuk pimpinan masih mengekalkan muka lama.

Kita mahu BN terus berkuasa. Kita harap pemimpin BN khasnya PM dan UMNO negeri mendengar nasehat akar umbi kali ini.

haji said...

Datuk,

Hingga saat ini belum pun ada pemimpin Gerakan, MCA dan DAP iaitu parti yang mewakili sebahagian besar kaum Cina tampil membuat syor kepada kerajaan untuk mengambil tindakan tegas kepada budak cina yang sedang belajar di Taiwan ini. Yang pernah kita dengar, ialah permohonan maaf melalui dr chua. Dan, kabinet telah menolak permohonan maaf tersebut.

Inikah arti persepakatan dalam BN?

mayaputera said...

Haji.

Terima kasih atas pandangan anda. Moga-moga cybertroopers UMNO akan ambil nota mengenai info anda di Selangor.

Salam takzim