Wednesday, August 22, 2007

Menangguk Di Air Keruh
Menjelang Pilihan Raya?

Bila angin pilihan raya umum (PRU) mula bertiup kencang, maka samalah kencangnya tuntutan demi tuntutan dikekmukakan kepada kerajaan oleh sesetengah pihak yang pakar dalam kerja-kerja menangguk di air keruh.

Saya tidak akan membicarakan sama ada tuntutan seperti itu legitimate atau sebaliknya. Pokoknya, tuntutan tersebut dikemukakan setelah diambilkira segala faktor strategik dan ketepatan masanya.

Antara asas perkiraan yang mendasari kerja-kerja menangguk di air keruh ini adalah tahap kekuatan UMNO sebagai tunggak kepada Barisan Nasional (BN) dan tulangbelakang kepada pemerintahan negara.

Demikianlah hakikatnya dengan tuntutan terbaru daripada MCA supaya tender projek-projek kerajaan dibuat secara terbuka.

Saya percaya MCA berani mengemukakan tuntutan sedemikian kerana pada perkiraannya ketika ini UMNO dianggap kurang bermaya. Jadi, tuntutan tersebut dikemukakan sebagai satu bargaining power untuk memperkukuhkan peluang BN memenangi PRU ke-12 kelak.

MCA sungguh bijak. Ia tidak akan kerugian apa-apa dengan mengemukakan tuntutan itu. Kalau tuntutan ini dipenuhi oleh pihak kerajaan, MCA pasti akan untung. Kalau gagal pun MCA pasti tidak akan rugi.

Maka, terserahlah kepada kebijaksanaan pihak berkuasa. Sebarang tuntutan seperti ini perlu ditangani sehalus-halusnya. Seluruh perkiraan strategik membabitkan dasar yang digubal berasaskan semangat perlembagaan negara dan kontrak sosial yang jadi latarbelakang sejarah kemerdekaan tanahair mesti diambilkira. – Ruhanie Ahmad

2 comments:

Hamizi said...

saya fikir pemimpin melayu perlu belajar bagaimana taktik yang digunakan oleh kontraktor cina...

untuk memahaminya bukan sekadar menjadi kontraktor... mereka juga kena bergaul dengan kontraktor-kontraktor cina...

banyak strategi ini digunakan oleh masyarakat cina, tidak terkecuali MCA dan GERAKAN (dan sekarang PPP juga MIC juga menurutinya - cuma belum mahir)...

kesilapan sebenar pak lah nak jadi jaguh... hishamuddin dan pemuda UMNO yang bodoh-bodoh belaka pula dok julang keris... setakat nak dapat tepukan gemuruh... macam sarkis...

tengok chinese style... senyap-senyap UMNO dah terjerat...

mayaputera said...

Hamizi, terima kasih.

Pandangan anda mungkin benar. Tapi, PM memanglah sewajarnya jadi jagoh kepada rakyat jelata. Beliau juga kena pegang pada prinsip, cakap serupa bikin.

Pemuda UMNO juga bukannya semuanya bodoh belaka. Silapnya, kenapa hunus keris bila belum tamat menuntut ilmu kepahlawanan, falsafah dan perjuangan silam dengan semasak-masaknya.

Salam takzim.