Tuesday, August 14, 2007

Najib Bercuti Dua Minggu Mulai Hari Ini

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bercuti selama dua minggu bermula hari ini.

Setiausaha Akhbarnya, Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad berkata dalam tempoh itu Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan berada di luar negara.

"Datuk Seri Najib dan Datin Seri telah berlepas ke luar negara dari KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) pada pukul 10 pagi ini," katanya kepada Bernama di sini.

Menurutnya tarikh muktamad kepulangan Najib ke tanah air akan dimaklumkan kemudian.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=278956

Komen: Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, menyelinap ke luar negara dalam keadaan “yang agak misteri”. Hari ini, timbalan beliau dan isterinya pula ke luar ke satu destinasi yang dirahsiakan. Hinggakan “tarikh muktamad kepulangan Najib ke tanah air akan dimaklumkan kemudian.” Kenapa agaknya? – Ruhanie Ahmad

0 comments: