Wednesday, August 22, 2007

Pemimpin Cemerlang Berfikiran Panjang

Salah satu sifat pemimpin yang CEMERLANG ialah berfikir panjang sebelum berkata apa-apa kepada khalayak. Sekiranya beliau berkata-kata, kata-kata itu berpandukan hujah yang kukuh atau mencerminkan keperibadiannya dan diungkapkan dengan cara yang terhormat serta dapat memberikan inspirasi kepada pendengarnya.

Pemimpin berkenaan dikatakan GEMILANG apabila beliau dilihat sentiasa berjaya mengotakan apa yang dikata meskipun terpaksa berhadapan dengan berbagai rintangan. Kejayaan ini, biarpun mengambil masa untuk dicapai, ditempa menerusi penggemblengan usaha bukan bermusim yang diiringi dengan sokongan tulen daripada mereka yang terlibat.

Pemimpin tersebut menjadi TERBILANG apabila berupaya memastikan apa yang dikotanya terus dipertahankan serta diperbaiki tanpa perlu menunggu sebarang maklumbalas dari mereka yang dipimpin kerana semuanya dilakukan bukan untuk kepentingan peribadi tetapi demi kepentingan umum. Pemimpin ini sentiasa mengingati dirinya bahawa beliau memikul amanah yang amat berat dan sehubungan itu, tidak pernah mengizinkan dirinya atau ahli-ahli keluarganya dipuji atau disanjung sewaktu masih di tampuk kuasa.

Malangnya, komponen paling utama dalam parti pemerintah tidak dilihat mempunyai pemimpin yang CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG dalam ertikata yang luhur. Cukup dengan memerhatikan gelagat semasa pucuk pimpinan tertinggi dari barisan utama dan sayap-sayap yang ada, dada ini terasa amat sesak dengan pilihan telah yang dibuat oleh para perwakilan.

Yang ada cuma pemimpin yang CURANG (kepada bangsa, agama dan negara), GIRANG (dengan kehidupan peribadi dan illusi yang dicipta) dan TEMBERANG (kerana bersikap talam dua muka dan hanya tahu berjanji). Itulah persepsi yang diberikan selepas mengamati tindak-tanduk mereka selama bertahun-tahun.

Cemerlang, Gemilang, Terbilang – Malaysiaku Gemilang!
Curang, Girang, Temberang – Malaysiaku Goyang …… - DASA, 9.45 pagi, 22 Ogos 2007.
Nota:

Posting di atas adalah kiriman blogger DASA sebagai reaksi kepada posting saya berjodol Abdullah Badawi Petriot Sejati? dalam
www.kuda-kepang.blogspot.com semalam. Saya paparkan reaksi tersebut dalam blog ini buat renungan kita bersama menjelang sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-50 tidak lama lagi. – Ruhanie Ahmad

3 comments:

Husin Lempoyang said...

Husin punya ... Cempelung, Gelembung dan Terberang - Malaysia Terbarai.

haji said...

assalamualaikum datuk.

Mungkin tak lama lagi kita akan mendapat pemimpin pemimpin baru, jika muka-muka baru ini menang PRU akan datang.

Kita akan mendapat antara 10-18 orang Menteri, Timbalan Menteri dan SUP baru. Ini ramalan saya saja. Ini kerana saya dah buat homework saya, dan saya dapati itulah datuk.

Mudah-mudahan mereka ini nanti akan menjadi tempat kita mengadu. Jangan seperti kacang lupakan kulit sudahlah.

Saya akan menyepi seminggu, kerana ke Indonesia.

mayaputera said...

Husin dan Haji. Terima kasih.

Husin: Pembetulan. Cempelang, Gembelong dan Temberang - Malaysia Terbarai....

Haji: Selamat belayar ke Indon. Bila balik nanti, saya nak jumpa. Soal kajian Haji tu, harap-harap jadi realiti.

Salam takzim