Satu Renungan Realiti Duka
Di Ambang Sambutan Merdeka
Kisah di bawah ini diposkan oleh Pemerhati kepada blog kuda-kepang. Beliau harap ianya akan jadi renungan kita bersmama menjelang usia kemerdekaan Negara yang ke-50.
Harap dapat siarkan berita di bawah ini untuk sumbangan dari orang ramai. Pengadu adalah ahli UMNO. Malagnya, pemimpin UMNO sendiri tidak melayaninya. Apa erti slogan UMNO Membela Bangsa, Agama dan Negara! Tengku Mahkota Johor berjiwa rakyat. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku..
RAKYAT MENGADU NASIB
KEPADA TENGKU MAHKOTA JOHOR
MUAR: Dengan pendapatan yang hanya mencecah RM500 sebulan, seorang buruh kontrak, Othman Ahmad dari Kampung Jawa di Segamat, tidak mampu untuk menyara anak sulungnya yang lumpuh sejak lahir.
Wang bantuan daripada Jabatan Masyarakat Daerah Segamat untuk anaknya itu, Mohd Amirul, 16, cuma RM65 sebulan dan tidak cukup pun untuk membeli kain lampin kegunaannya. Bantuan itu pula sering lambat diterima.
Kepayahan hidup Othman itu diceritakannya sendiri kepada Tengku Mahkota Johor, Tengku Ibrahim Ismail, yang menyertai Konvoi Malaysia Gemilang 50 Tahun Merdeka 2007 yang tiba di Dataran Tanjung Emas di sini hari ini.
"Bantuan sebanyak itu tidak cukup untuk membeli makan dan pakai anak saya ini," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis itu.
Othman berkata Amirul, anak sulung daripada lima orang adik beradik, lumpuh sejak lahir dan berat badannya hanya 25 kilogram walaupun usianya sudah 16 tahun.
"Dia tidak pandai bercakap dan memerlukan penjagaan rapi setiap hari.
"Isteri saya terpaksa menjaganya sepenuh masa dan tidak dapat bekerja untuk mengurangkan beban saya," katanya.
Othman juga mengadu kepada Tengku Mahkota bahawa dia cuba mendapatkan rumah mesra rakyat di Segamat tetapi permohonan itu tidak mendapat perhatian hingga sekarang.
Beliau kini menyewa sebuah rumah di Taman Jenalik, Kampung Jawa, Segamat, pada kadar RM200 sebulan.
"Kalau dapat rumah mesra rakyat, wang sewa itu bolehlah juga diperuntukkan untuk anakanak," katanya.
Sesiap yang ingin membantu boleh berhubung terus dengan Othman menerusi telefon 013-716-8659. - Pemerhati

0 comments:
Post a Comment